
Wakaf hari ini. Ringankan beban mereka, cerahkan akhirat anda.

PROJEK TERKINI

Hadis Nabi Tentang Wakaf (Pahala Berterusan)
Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara:
- Sedekah jariah,
- Ilmu yang bermanfaat,
- Anak soleh yang mendoakannya.”
— (HR. Muslim no. 1631)
Wakaf ialah bentuk sedekah jariah yang paling kekal ganjarannya – selama ia terus memberi manfaat, pahala terus mengalir!
WAKAF QURAN
WAKAF QURAN – Sedekah yang Terus Mengalir Hingga ke Syurga.
Peluang Wakaf Anda:
✅ Satu naskhah al-Quran: RM35 sahaja (Termasuk Pengurusan, Penghantaran)
✅ Sasaran: 3,000 naskhah
✅ Lokasi agihan: Madrasah & Pusat Tahfiz yang memerlukan di seluruh Kemboja
✅ Penerima: Pelajar, guru agama, fakir miskin & muallaf
Kenapa Perlu Rebut Wakaf Ini?
🔹 Pahala Berpanjangan: Setiap kali mushaf dibaca atau diajar, pahala mengalir kepada pewakaf.
🔹 Ilmu & Dakwah: Membantu menyebarkan cahaya Islam di tempat yang sangat memerlukan.
🔹 Sedekah Jariah: Amal yang tidak terputus walau selepas mati.
🔹 Peluang Emas Anda: Rezeki anda, harapan mereka.
WAKAF TANGKI
WAKAF TANGKI WUDUK – Air Bersih untuk Solat yang Sempurna.
Peluang Wakaf Anda:
✅ Kos satu tangki siap pemasangan: RM3,000 sahaja
✅ Wakaf secara kongsi: RM150/seorang × 20 pewakaf
✅ Lokasi: Masjid/Surau & madrasah di Kemboja
✅ Manfaat: Wuduk, mandi, air minum, bersih & selamat
Kenapa Anda Patut Rebut Wakaf Ini?
🔹 Pahala Berterusan: Selagi air digunakan untuk ibadah, selagi itu pahala mengalir kepada pewakaf.
🔹 Keperluan Asas & Agama: Air bersih untuk wuduk, mandi wajib & kegunaan harian.
🔹 Meringankan Hidup Mereka: Dari susah menjadi mudah, dari kotor menjadi bersih.
🔹 Sedekah Jariah Seumur Hidup: Bekalan pahala yang tak putus walau anda telah tiada.
ELAUN GURU
TAJAAN ELAUN GURU – Menyokong Pendakwah Mesyebarkan Islam di kemboja.
Peluang Infaq Anda:
✅ Tajaan elaun guru: RM500 – RM700 sebulan
✅ Sasaran: Guru-guru madrasah di Kemboja yang tidak bergaji
✅ Boleh pilih tajaan: 1 bulan, 3 bulan, atau berterusan bulanan
✅ Elaun disalurkan terus kepada guru terlibat
Kenapa Perlu Anda Bantu?
🔹 Mereka pendidik generasi Islam: Setiap huruf yang diajar, setiap ayat yang ditanam dalam hati pelajar — anda turut berkongsi pahala.
🔹 Sedekah paling berkesan: Menyara guru sama seperti menyuburkan ladang ilmu dan dakwah.
🔹 Ganjaran yang berganda: Pahala tidak putus selagi ilmu itu terus diamalkan.
🔹 Anda, penyokong di belakang tabir: Walau tak mengajar, anda membina generasi dengan tajaan anda.




🕋 SABEL MEKAH – Sedekah Makanan & Minuman di Tanah Suci
“Tidak mampu ke Mekah? Anda masih boleh menuai pahala di sana.”


🍞 Apa Itu Sabel Mekah?
Sabel Mekah bermaksud sedekah makanan dan minuman kepada jemaah haji, umrah, dan warga miskin di sekitar Masjidil Haram, khususnya ketika musim haji & Ramadan. Anda menyumbang dari Malaysia, dan pihak kami akan agihkannya terus di Tanah Suci – dengan amanah dan kasih.
